Wanita Indonesia Dijatuhi Hukuman Gantung Kerana Edar Dadah - Semasa | mStar

Wanita Indonesia Dijatuhi Hukuman Gantung Kerana Edar Dadah

ALOR SETAR: Seorang wanita warga Indonesia dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, Rabu setelah didapati bersalah mengedar dadah di Bukit Kayu Hitam, tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Maggie Taissya Olyvia, 25, seorang graduan perbankan sebuah universiti di Indonesia, selepas memutuskan pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Maggie dituduh mengedar dadah seberat 841.63 gram (656.15 gram heroin dan 185.48 gram monoacertylmorphines) di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bukit Kayu Hitam pada 20 September 2010, pukul 12.15 tengah hari .

Dia dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum menurut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Norsyuhada Mohd Yatim manakala tertuduh diwakili peguam A.J. Surinarayanan. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain