suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Garis Panduan Baru Untuk Penubuhan Tadika & Pusat Penjagaan Kanak-Kanak

ALOR SETAR: Kerajaan sedang melihat untuk memperkenalkan garis panduan baru penubuhan tadika, pusat penjagaan kanak-kanak dan pengajian pra sekolah menjelang Mac tahun depan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata, garis panduan baru ini perlu bagi mengawal pertumbuhan kelas tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak yang semakin berkembang di kawasan perumahan.

Katanya, deraf mengenai garis panduan baru itu telahpun dibentangkan kepada Jemaah Menteri baru-baru ini.

"Garis panduan ini akan kita bentangkan kepada Majlis Kebangsaan Kerajaan Tempatan untuk kelulusan dan dikuatkuasakan oleh semua kerajaan tempatan," katanya kepada para pemberita di sini.

Di bawah garis panduan baru itu, mereka yang ingin membuka kelas tadika atau pusat penjagaan kanak-kanak perlulah memenuhi beberapa kreteria tertentu terlebih dahulu.

Ini termasuklah keperluan mendaftar dengan Kementerian Pelajaran dan mendapat kelulusan daripada kerajaan tempatan terlebih dahulu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Balkis Boleh Kembali Aktif

Artikel Lain