suria

GMPP Adakan Demontrasi Tuntut Keadilan Terhadap Pelajar Kejururawatan

PETALING JAYA: Kira-kira 30 ahli kumpulan Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan ibu pejabat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Putrajaya dekat sini, pagi Selasa.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan KPT, demonstrasi itu diadakan bagi menuntut keadilan terhadap pelajar jurusan kejururawatan di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang mana bilangannya terlalu ramai sehingga menyukarkan mereka mendapat pekerjaan selepas tamat belajar.

"Seramai lima ahli kumpulan itu dibenarkan bertemu dengan wakil kementerian untuk berbincang dan menyerahkan memorandum tersebut," kata kenyataan itu yang di e-mel kepada mStar Online di sini, Selasa.

Dalam memorandum itu, kumpulan tersebut mendesak KPT membekukan pengambilan pelajar baru ke IPTS dalam bidang kejururawatan, fisioterapi, penjagaan kesihatan, pembantu makmal dan radiologi.

Selain itu, mereka menuntut hutang Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi graduan kejururawatan yang tidak mendapat pekerjaan dalam tempoh setahun dimansuhkan.

Kumpulan tersebut juga meminta kementerian menyiasat punca pengambilan pelajar kursus kejururawatan yang melebihi kuota.

Artikel Berikut

Artikel Lain