Rasuah Komander Maritim, Pekerja Syarikat Pengeluar Pasir Didakwa Lagi - Semasa | mStar

Rasuah Komander Maritim, Pekerja Syarikat Pengeluar Pasir Didakwa Lagi

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja syarikat pengeluar pasir sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini Isnin terhadap tuduhan memberi suapan kepada Komander Maritim, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Wilayah Maritim Timur Kuantan, Pahang, tahun lepas.

Bagaimanapun Abdullah Sani Cheah Abdullah, 42, dari Ipoh, Perak mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Sebelum ini Abdullah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap dua tuduhan memberi suapan kepada Komander Maritim Syd Mohd Fuzi Syd Hasan membabitkan RM18,000 pada 22 Ogos lepas.

Dalam prosiding pada Isnin, Abdullah didakwa memberi suapan wang tunai RM9,500 kepada orang yang sama di bilik No 511, Hotel Ancasa dan Spa, dekat sini antara jam 8.15 hingga 8.30 malam pada 8 Okt 2010.

Perbuatan itu sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan penguatkuasaan undang-undang ke atas bot tunda dan tongkang yang membawa muatan pasir sungai dari Muara Kuala Sungai Pahang ke Singapura.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Terdahulu peguam Leonard Anselm Gomes yang mewakili tertuduh memohon agar kes tersebut dibicarakan sekali bersama dua lagi kes yang dihadapi tertuduh.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain membenarkan tertuduh dikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 hingga 9 Mac tahun depan untuk kes dibicarakan sekali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azah Kasran. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Remaja Antara Yang Meminjam Daripada Ah Long

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain