BN Dalam Kedudukan Baik Menang PRU-13:Tun Mahathir - Semasa | mStar

BN Dalam Kedudukan Baik Menang PRU-13:Tun Mahathir

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin berkata Barisan Nasional (BN) berada dalam kedudukan yang baik untuk memenangi pilihan raya umum akan datang, yang mungkin diadakan awal tahun depan.

Bagaimanapun, beliau berkata persoalannya ialah sama ada BN akan memperoleh majoriti, memandangkan sebuah kerajaan yang lemah akan diserang oleh pembangkang, yang akan mewujudkan isu untuk melemahkannya.

"Saya fikir mereka kini sibuk berkempen untuk memastikan mereka boleh menang. Perhimpunan Agung Umno agak baik, sambutannya agak bagus. Nampaknya seperti Umno kini kembali semula menjadi popular kepada rakyat," katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.

Dr Mahathir berkata pilihan raya mungkin diadakan tahun depan, sungguhpun tempoh penggal Parlimen sekarang hanya akan berakhir pada 2013.

"Jika pilihan raya diadakan terlalu awal, negeri-negeri yang dikuasai pembangkang mungkin tidak mahu mengadakannya kerana mereka ingin mengekalkan negeri-negeri berkenaan dan cuba memenangi negeri lain pula. Mungkin itu yang akan menjadi strategi mereka.

"Bagaimanapun jika pilihan raya diadakan terlalu hampir dengan tempoh berakhirnya penggal, tiada sebarang manfaat bagi mereka. Jadi mereka terpaksa bersatu, mengharungi pilihan raya bersama-sama. Terpulanglah kepada kerajaan untuk menimbangkan perkara ini," katanya.

Ditanya samada ada kes mahkamah membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berperanan dalam pilihan raya akan datang, Dr Mahathir berkata: "Dalam apa cara sekalipun, beliau akan menjalankan peranannya."

Mengimbas semula pilihan raya umum 1999, beliau berkata ketika Anwar didapati bersalah dalam kes mahkamah ketika itu, beliau menggunakan insiden mata lebam dan BN kehilangan kira-kira 300,000 undi daripada kaum Melayu.

"Kaum Cina mengundi BN. Kaum Cina merupakan penyokong BN yang sangat kuat kerana kami berjaya menangani krisis kewangan dan ramai di antara mereka yang terselamat daripada menjadi muflis. Sebab itulah kami mengekalkan majoriti dua pertiga, sungguhpun Umno kalah bannyak kerusi," katanya.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata ramai daripada penyokong kuat Anwar dan kalangan yang menaruh kepercayaan kepadanya yang meninggalkannya, termasuk Dr Chandra Muzaffar dan peguam Zainur Zakaria, yang tidak lagi percaya dengan apa yang diperkatakannya.

Mereka yang meninggalkan Anwar kini menyerangnya kembali dan mengutuknya.

"Pada 1999, dia sangat kuat kerana dia berada dalam penjara dan mempunyai mata yang lebam dan berkata saya melakukan konspirasi untuk menyingkirkannya. Untuk apa saya berkonspirasi? Lagipun, saya mahu meletak jawatan," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Boeing Tawar Hingga 330 Minit ETOPS Pada 777

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain