Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia Dilancar Hari Ini - Semasa | mStar

Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia Dilancar Hari Ini

KUALA LUMPUR: Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia yang dilancarkan pada Jumaat menawarkan barangan basah seperti ikan, ayam, daging dan sayuran pada harga rendah sehingga 40 peratus berbanding harga pasaran.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Raihan Sharif berkata kedai inisiatif Restoran Ikan Bakar Sekinchan (RIBS) itu harus dicontohi pihak swasta lain dalam membantu kerajaan meringankan beban rakyat.

"Kerajaan akan membantu pihak swasta dalam hal ini seperti mendapatkan bekalan pada harga yang berpatutan melalui agensi-agensi kerajaan yang berkaitan," katanya selepas pelancaran kedai yang terletak di Plaza Centrum, Setiawangsa, di sini.

Katanya kementerian juga akan sentiasa memantau kualiti produk di kedai itu yang turut memasarkan barangan industri kecil dan sederhana.

Sementara itu, pemilik RIBS dan Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia Datuk Jamal Yusof berkata pihaknya mensasarkan untuk membuka 33 cawangan kedai itu di seluruh negara, termasuk tiga yang akan dibuka dalam masa terdekat di Bandar Mahkota Cheras, Setapak dan Bandar Permaisuri.

"Walaupun kami menawarkan barangan pada harga jauh lebih murah, kualitinya akan tetap dijaga. Setiap hari kami akan pastikan barangan jualan adalah segar," katanya.

Kedai itu beroperasi setiap hari dari 6 pagi hingga 10 malam, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

KDRM Sabah Rampas 1,068 Ekor Tenggiling Beku

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain