suria

Kerajaan Negeri Perlu Serius Tangani Perjudian Tanpa Lesen - Pertiga

GEORGE TOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang digesa bertindak tegas dalam menangani kegiatan judi berkomputer tanpa lesen yang dikatakan berleluasa di negeri ini sehingga mencetuskan pelbagai masalah kepada masyarakat.

Presiden Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) Sabaruddin Ahmad berkata, kerajaan negeri perlu memberi perhatian serius terhadap gejala itu kerana ia boleh menggugat kesejahteraan rakyat tanpa mengira sempadan kaum dan taraf sosioekonomi.

"Masyarakat kita akan berpecah belah kerana judi. Kes rompakan, penceraian, bunuh diri dan penipuan akan berleluasa. Justeru kerajaan negeri tidak harus memandang remeh perkara ini," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau mendakwa Pertiga mempunyai bukti kukuh mengenai wujudnya lambakan premis judi berkomputer tanpa lesen di seluruh negeri ini.

"Hasil pemantauan yang dijalankan oleh pihak kami mendapati lebih daripada 300 premis judi berkomputer beroperasi secara aktif di sekitar Pulau Pinang ini dan kami ada bukti bergambar mengenainya," katanya.

Sabaruddin berkata, pihaknya akan mengadakan demonstrasi pada setiap hari bermula semalam bagi mendesak kerajaan negeri mengambil tindakan segera terhadap premis judi berkomputer itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

YDP Sarawak Dilantik Semula

Artikel Berikut

Artikel Lain