suria

Polis Ambil Keterangan Lapan Individu Dalam Kes Culik Penuntut Kolej

SHAH ALAM: Polis telah mengambil keterangan lapan individu bagi membantu siasatan kes culik seorang pelajar kolej wanita berusia 19 tahun di luar rumahnya di Ampang pada 14 November lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah bagaimanapun berkata tidak ada sebarang tuntutan wang tebusan.

"Polis turut mengambil keterangan daripada anggota keluarga dan rakan mangsa. Terdapat tanda-tanda wujudnya satu pertikaian yang mungkin membawa kepada kehilangan mangsa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di ibu pejabat kontinjen polis Selangor Rabu.

Mangsa, seorang pelajar Universiti Antarabangsa Multimedia Kuala Lumpur (KLIMU), dikatakan diculik dan dilarikan sebuah kereta Proton Persona hitam ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kondominium Tiara Intan, Ampang. - BERNAMA

Artikel Lain