suria

Nik Aziz Tolak Pilihan Raya Berasingan

KOTA BAHARU: Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju agar pembubaran Dewan Undangan Negeri dibuat bersekali dengan pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan secara serentak di seluruh negara.

Bercakap kepada pemberita di sini pada Rabu, beliau berkata banyak masalah akan timbul jika pembubaran Parlimen dan negeri dibuat berasingan.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata tiada keperluan bagi Kelantan untuk mengadakan pilihan raya berasingan dengan pilihan raya umum.

"Ini kerana jika Kelantan berbuat demikian ia memberi peluang kepada pihak parti lawan memberi tumpuan kepada negeri ini," katanya.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata DUN Selangor tidak akan dibubarkan bersekali dengan pembubaran Parlimen jika ini berlaku dalam tempoh enam bulan pertama tahun depan.

Kelantan dan Selangor selain Pulau Pinang dan Kedah adalah negeri yang diperintah oleh pakatan pembangkang. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Warga Emas Maut Dilanggar Bas

Artikel Lain