suria

MAS Tawar Tambang Menarik Ke Eropah, Asia Utara

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) mengumumkan pada Jumaat kadar tambang menarik untuk perjalanan dari Malaysia ke 10 destinasi di Eropah dan Asia Utara, selama 14 hari mulai esok, menerusi ejen perjalanan dan saluran pengedarannya di Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan negara itu menawarkan tambang Kelas Pertama, Bisnes dan Ekonomi, untuk promosi ini menerusi www.malaysiaairlines.com, Malaysia Airlines Facebook, pejabat tiket dan Pusat Panggilannya, bagi perjalanan dari 12 November hingga 31 Disember, 2011.

MAS berkata destinasi itu yang diliputi dalam perjalanan 50 hari ini termasuk London, Paris, Amsterdam dan Rom di Eropah selain Tokyo, Osaka, Seoul dan Taipei, dengan tambang pergi-balik kelas ekonomi bermula serendah RM3,011 ke Amsterdam, RM3,188 ke Paris dan RM2,699 ke Tokyo dan Osaka.

Tambang kelas Pertama dan Bisnes juga menarik, dengan tambang pergi-balik kelas Bisnes bermula RM11,999 ke Paris dan tambang Kelas Pertama bermula RM22,222 ke Amsterdam.

Semua tambang termasuk cukai dan surcaj.

"Berikutan pengukuhan Ringgit berbanding mata wang Eropah dan Asia Utara, ia merupakan masa yang sesuai untuk bercuti dan pelawat korporat merancang perjalanan ke destinasi rangkaian MAS di Eropah dan Asia Utara," katanya.

Syarikat itu menawarkan tambang promosi menarik ini bagi menggalakkan pelanggan menampah dan membayar penerbangan tanpa henti dari Malaysia dan menikmati khidmat penuh dalam penerbangan tanpa kos tambahan.

Semua tawaran ini sah untuk perjalanan sehingga 31 Dis, 2011. MAS menasihatkan pelanggan supaya merancang perjalanan mereka sekarang dan membeli tiket awal memandangkan tawaran ini dijangka habis ditempah.

Tiada caj tambahan dikenakan ke atas pelanggan yang memulakan perjalanan dari Pulau Pinang dan Johor Baharu, manakala rebat 50 peratus tambang ditawarkan untuk penerbangan dari tempat lain di Malaysia ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk menyambung perjalanan ke destinasi antarabangsa mereka. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain