suria

Pekerja Selenggara Lebuh Raya Warga Bangladesh Maut Dilanggar Kereta

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja selenggara lebuh raya rakyat Bangladesh maut dilanggar sebuah kereta ketika hendak melintas jalan di KM428.4 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah Kuala Lumpur pada Khamis.

Kemalangan dikatakan berlaku semasa mangsa yang hanya dikenali sebagai Mohammad Hanif, 33, baru selesai menjalankan tugas hariannya di satu kawasan di lebuh raya itu pada pukul 11 pagi.

"Mangsa melintas jalan dari bahu jalan lorong kecemasan untuk ke tengah lebuh raya sebelum dilanggar kereta berkenaan," kata Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supritenden Norel Azmi Yahya Afendy kepada pemberita pada Khamis. Beliau berkata mangsa yang bekerja dengan Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (PROPEL) Plus mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baharu untuk bedah siasat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain