suria

Halang Motosikal Dicuri : Pelajar Malaysia Dibunuh Di Indonesia

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia di Malang, Indonesia maut selepas dia dibunuh ketika cuba menghalang seorang lelaki daripada mencuri motosikal beliau di hadapan rumah sewanya, di Lowokwaru, Kota Malang malam Isnin.

Mangsa yang berasal dari Selangor dan sedang menuntut di semester lima Fakulti Perubatan, Universiti Brawijaya maut di tempat kejadian selepas lehernya dikelar dengan senjata tajam oleh suspek yang cuba melarikan motosikalnya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain