suria

32 Ekor Lembu Dikorbankan Di Masjid Negara

KUALA LUMPUR: Sebanyak 32 ekor lembu dikorbankan hari ini di Masjid Negara di sini sempena sambutan Hari Raya Aidiladha untuk diagihkan kepada umat Islam di sekitar ibu kota.

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Ahmad Phesal Talib merasmikan majlis korban tersebut kira-kira pukul 8.30 pagi di perkarangan tempat letak kereta Masjid Negara.

Daging korban itu juga akan diagihkan kepada masyarakat Orang Asli dan orang kurang upaya, sebelum diedarkan kepada masjid dan surau yang telah dikenal pasti.

Pada tahun ini, Masjid Negara menerima sumbangan 32 ekor lembu daripada individu serta syarikat-syarikat swasta, termasuk dua ekor daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. -BERNAMA

Artikel Lain