Ibu Tunggal Muda Ragut Wanita Warga Emas Ditahan - Semasa | mStar

Ibu Tunggal Muda Ragut Wanita Warga Emas Ditahan

JOHOR BAHARU: Seorang ibu tunggal berusia 18 tahun ditahan polis selepas meragut seorang wanita warga emas di tempat letak kereta pasar raya Tesco di Kulaijaya pada Khamis.

Kejadian berlaku pada pukul 6 petang ketika mangsa Enah Hassan, 59 tahun sedang berjalan menuju ke keretanya selepas selesai membeli-belah.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Supt Zulkefly Yahya berkata mangsa yang keseorangan ketika itu tiba-tiba dihampiri suspek yang kemudian bertindak merampas dompet yang dipegang mangsa.

"Setelah meragut dompet mangsa, suspek terus melarikan diri namun tindakan mangsa menjerit meminta tolong berjaya menarik perhatian orang ramai.

"Suspek berjaya ditahan oleh orang awam dan oleh seorang anggota polis peronda yang kebetulan melalui kawasan itu," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya pada Jumaat.

Enah cedera di bahagian lutut kiri selepas ditolak suspek yang didapati positif dadah jenis syabu.

Suspek yang berasal dari Kulai dan mempunyai seorang anak berusia setahun itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Dia kini ditahan reman sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 14 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Dalam kes berasingan, beliau berkata pihaknya menahan seorang lelaki bersama seorang ibu tunggal beranak empat di sebuah hotel bajet di Senai kerana memiliki 55 gram heroin dan 2.4 gram syabu semalam.

Nilai pasaran dadah yang dijumpai di atas katil suspek berusia 39 dan 35 tahun itu adalah RM2,600.

Mereka turut didapati positif dadah dan kini ditahan reman sehingga Khamis depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati mandatori.

Kedua-duanya mempunyai rekod lampau berkaitan dadah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini