Kes Demam Denggi Meningkat Ke-407 Kes Pada Minggu Ke-43 - Semasa | mStar

Kes Demam Denggi Meningkat Ke-407 Kes Pada Minggu Ke-43

PUTRAJAYA: Sebanyak 407 kes demam denggi dilaporkan pada minggu ke-43 tahun ini untuk tempoh 23 hingga 29 Okt lepas tanpa kematian direkodkan, namun meningkat berbanding 369 kes sebelum ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hassan Abdul Rahman berkata Kuala Lumpur dan Putrajaya mengalami peningkatan kes sejak lima minggu berturut-turut, manakala Sarawak, Kedah, Perak, Terengganu, Melaka, Pahang, Perlis dan Pulau Pinang turut mencatatkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya.

"Kolej ke-12 Universiti Malaya (UM) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak, Cheras adalah lokaliti hot spots pada minggu ke-43 dengan 21 kes dilaporkan di UM dan 16 lagi di PPR itu," katanya dalam kenyataan di sini Jumaat.

Dr Hassan berkata sempena cuti sekolah yang akan bermula tidak lama lagi, pihak sekolah juga diminta mengambil langkah-langkah mencegah dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes terutamanya di kolam hiasan, pasu bunga dan lanskap yang boleh menakung air.

"Ubat pembunuh jentik-jentik perlu dimasukkan ke dalam tangki pam tandas dan semua mangkuk tandas yang mungkin tidak digunakan semasa cuti persekolahan," kata beliau.

Katanya program bebas denggi di sekolah perlu lebih giat dilaksanakan supaya tidak berlaku sebarang pembiakan jentik-jentik Aedes di kawasan sekolah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain