suria

Anak Tun Khalil Meninggal Dunia Komplikasi Buah Pinggang

PEKAN: Mohammad Raznam, 46, anak sulung Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, meninggal dunia hari ini dipercayai akibat komplikasi buah pinggang.

Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Nooraini Baba berkata Mohammad Raznam meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan pada 10.40 pagi

Tun Mohd Khalil dilihat berada di hospital berkenaan bersama ahli keluarga yang lain.

Jenazah Allahyarham kemudian dibawa ke rumahnya di Taman Shahbandar di sini untuk dimandi dan disembahyangkan sebelum dikebumikan di Makam Diraja pada 4 petang.

Turut hadir menziarahi keluarga Allahyarham ialah Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Mohammad Raznam, seorang ahli perniagaan meninggalkan isteri, Tengku Noor Marina Tengku Adanan, 36, dan seorang anak lelaki berusia sembilan tahun. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain