Polis Percaya Perhimpunan Sejuta Umat Akan Berlangsung Dengan Aman - Semasa | mStar

Polis Percaya Perhimpunan Sejuta Umat Akan Berlangsung Dengan Aman

SHAH ALAM: Polis mengeluarkan permit kepada penganjur Himpunan Sejuta Umat pada Sabtu ini kerana yakin perhimpunan akan berlangsung dengan aman serta mengikut peraturan yang ditetapkan dalam permit.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata acara itu yang dijadualkan dari pukul 2 hingga 6 petang juga diadakan di dalam stadium dan tidak membabitkan perarakan.

"Kita telah teliti program yang akan diadakan iaitu bersajak, nasyid dan ceramah. Kita juga tidak menerima sebarang laporan negatif berhubung perhimpunan itu," katanya kepada pemberita selepas menutup Kursus Pencegahan Jenayah Kilang-Kilang di Selangor, di sini pada Rabu.

Bagaimanapun katanya, polis sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan pada hari berkenaan.

"Anggota kita sentiasa bersedia dan memastikan kawalan keselamatan berada pada tahap baik termasuk aliran trafik pada hari berkenaan," katanya.

Tun Hisan juga meminta pihak yang berkenaan khususnya penulis blog, agar menghentikan tindakan menghasut orang ramai dengan memberi gambaran negatif terhadap perhimpunan yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam itu.

Katanya tindakan sedemikian boleh mengelirukan orang ramai dan menimbulkan kebimbangan yang tidak berasas.

Terdahulu ketika berucap, Tun Hisan berkata pihak keselamatan kilang di Selangor perlu menjalinkan hubungan rapat dengan polis dalam usaha untuk bersama-sama membanteras kegiatan jenayah.

Beliau berkata kursus selama dua hari itu memberikan maklumat kepada 30 peserta tentang prosedur untuk membuat laporan kepada polis, Kanun Prosedur Jenayah, langkah keselamatan pencegahan jenayah dan penyalahgunaan dadah. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain