suria

Sultan Kelantan Pengerusi Majlis Raja-Raja Ke-225

KUALA LUMPUR: Sultan Kelantan Sultan Muhammmad V pada Rabu mempengerusikan Mesyuarat ke-225 Majlis Raja-Raja di Istana Negara di sini.

Mesyuarat hari pertama itu dihadiri semua Raja Melayu kecuali Terengganu diwakili Tengku Seri Bendahara Raja Tengku Mustaffa Kamel dan Pahang oleh Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Baginda semua diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri-Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Sabah dan Melaka diiringi Ketua Menteri masing-masing kecuali Sarawak yang tidak hadir dalam mesyuarat itu.

Santapan malam bagi memuliakan Mesyuarat ke-225 Majlis Raja-Raja diadakan di Istana Negara malam Rabu. -BERNAMA

Artikel Lain