suria

Dua Maut Kemalangan Jalan Raya Di Tawau

TAWAU: Seorang lelaki dan seorang wanita maut apabila kereta mereka terbabbas ke dalam parit di Kilometer 5, Jalan Kuhara, di sini, awal Rabu.

Polis bagaimanapun enggan mendedahkan identiti kedua-dua mangsa yang masing-masing berusia 35 dan 27 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Ibrahim Chin berkata kejadian pada pukul 2 pagi itu membabitkan kereta mangsa yang datang dari arah bandar Tawau menghala ke Air Panas.

"Kami percaya kereta itu dipandu dengan laju menyebabkannya hilang kawalan lalu terbabas ke (dalam) parit," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Ibrahim berkata polis akan menyiasat kes itu daripada semua sudut termasuk kemungkinan berlaku kecuaian atau wujud pemanduan di bawah pengaruh alkohol. - BERNAMA

Artikel Lain