suria

Parlimen Rakam Ucapan Takziah Atas Kematian Dr Lo' Lo

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat pada Isnin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas anggota Parlimen PAS kawasan Titiwangsa, Allahyarham Dr Lo'Lo Ghazali yang meninggal dunia Julai lepas akibat penyakit kanser.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang membacakan perutusan bagi pihak anggota dewan mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat dan di tempatkan dalam kalangan orang yang soleh. Pandikar Amin menjemput anggota Parlimen bangun menghadiahkan Al-Fatihah dan bertafakur selama seminit bagi menghormati kepergian Allahyarham.

Dr Lo' Lo yang menerima rawatan komplikasi penyakit kanser meninggal dunia 17 Julai lepas di Hospital Selayang pada usia 54 tahun.

Allahyarham meninggalkan suami Dr Aminuddin Abdul Hamid Karim dan empat orang anak. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain