suria

Kg. Baru: Kerajaan Akan Bentang Pindaan Rang Undang-Undang

KUALA LUMPUR: Kerajaan pada Isnin akan membentangkan usul pindaan terhadap Rang Undang-undang Perbadanan Kampung Baru berikutan penarikan balik rang undang-undang terdahulu.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik berkata rang undang-undang yang dibentangkan tahun lalu telah ditarik balik bagi membolehkan pindaan dibuat.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat berikutan rundingan dan perbincangan dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk pemilik tanah, waris serta badan bukan kerajaan (NGO).

"Rang undang-undang yang dipinda akan dibentangkan hari ini selepas mendapat maklum balas daripada pelbagai pihak berkaitan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Antara pindaan ketara yang bakal dibuat ialah mengenai pelantikan pemilik tanah dan waris sebagai timbalan pengerusi perbadanan seperti yang dicadangkan panel.

Bagaimanapun katanya, perkara berkenaan tidak termasuk pelantikan lima pemilik tanah dan waris ke dalam syarikat bagi membantu memudahkan pembangunan tanah di Kampung Baru.

"Pindaan ini juga akan menarik balik kuasa bagi memperolehi tanah bagi tujuan pembangunan yang diberikan kepada pihak syarikat sebelum ini," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain