suria

Laluan Kontra Antara Alor Setar Selatan Dan Pendang

ALOR SETAR: Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) akan membuka laluan kontra antara Alor Setar Selatan dan Pendang di KM50.83 hingga KM51.13 Lebuhraya Utara Selatan bagi kerja-kerja pembaikan jalan.

PLUS Expressways Berhad, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan laluan kontra itu selama 24 jam bermula Isnin ini hingga 3 November serta sehingga kerja-kerja baik pulih jalan selesai.

Sehubungan itu PLUS menasihatkan semua pemandu yang menggunakan laluan tersebut supaya mematuhi semua papan tanda serta arahan yang diberikan.

Untuk keterangan lanjut pengguna jalan raya boleh menghubungi PLUSLine di 1-800-88-0000. - BERNAMA

Artikel Lain