suria

Tawan N.Sembilan Pada PRU-13, Omong Kosong Pembangkang - Isa Samad

PORT DICKSON: Bekas Menteri Besar Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata keyakinan pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan hanyalah hanya omong kosong sekadar untuk menguatkan keyakinan penyokong mereka.

Katanya dalam keadaan pembangkang khususnya Pas dan Parti Keadilan Rakyat yang semakin terhimpit dengan bermacam masalah, mereka perlu meniupkan semangat kepada anggota dua parti itu bahawa pakatanpembangkang masih berpengaruh.

"Sedangkan kita lihat semakin ramai penyokong dan pemimpin mereka meninggalkan parti. Isu-isu yang mereka pakai sekarang juga semakin longgar sehingga mudah kita patahkan fitnah serta khabar angin mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Balai Galeri Sejarah di Sekolah Menengah Datuk Abdul Samad pada Khamis.

Isa, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sembilan kawasan Teluk Kemang dan Pengerusi Felda, berkata pembangkang semakin ketandusan isu apabila banyak perkara yang mereka mainkan seperti isu komunis dan hudud memerangkap mereka kembali.

"Tidak mudah untuk Negeri Sembilan ditawan," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain