Kes Sosilawati: Pegawai Forensik Tidak Dapat Jawab Hasil Ujian DNA Pada Bahan Bukti

SHAH ALAM: Seorang pegawai kanan polis forensik memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mendengar perbicaraan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain bahawa beliau sendiri tidak mengetahui keputusan ujian termasuk DNA ke atas sampel-sampel yang diperoleh dari beberapa lokasi sekitar Banting.

Timbalan Ketua Makmal Forensik, Polis Diraja Malaysia ACP Hussin Omar Khan, 41, beliau ada bertanya kepada pihak yang berkenaan mengenai keputusan ujian seperti DNA daripada sampel yang diperolehnya tetapi tidak mendapat jawapan.

Hussin berkata demikian semasa disoal balas oleh Manjeet Singh Dillon peguam seorang daripada tertuduh, bekas peguam N. Patmanabhan hari ini sama ada selepas satu tahun kes pembunuhan itu beliau tidak kisah mengenai keputusan hasil penemuan lebih 400 objek yang diusahakan pasukan forensik.

Manjeet bertanya: "Tiada DNA, tidak ada apa-apa... apa penemuan kamu?"

Husin menjawab: "Kalau ada, adalah".

N. Pathmanabhan, 41, dan tiga pekerja ladang T. Thilaiyalagan, 19, R. Matan, 20, dan R. Khatavarayan, 30, didakwa membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010. Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Peguam bela Matan, Amer Hamzah Arshad memberitahu mahkamah pasukan penyelam marin tidak menggunakan sarung tangan semasa mencari bahan bukti di Sungai Kanchong Laut, Kampung Endah, Banting pada 14 Sept tahun lepas.

Bagaimanapun, Hussin yang merupakan saksi ke-51 pendakwaan berkata mereka tidak menggunakan sarung tangan kerana sarung tangan yang digunakan pecah dan dihanyutkan ke laut.

Lagipun air sungai keruh dan mereka terpaksa menggunakan tangan untuk meraba-raba di kawasan tebing dan dasar sungai bagi mencapai bahan bukti dan mereka tiada pilihan serta terpaksa menghadapi risiko bahan bukti yang ditemui mungkin tercemar kerana tidak memakai sarung tangan, kata Hussin.

Semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Idham Abdul Ghani, Hussin berkata teknik yang sama digunakan di dalam usaha mencari bukti di dalam air dan sebelum ini tidak pernah dipertikaikan. Idham turut bertanya mengapa sampel-sampel tulang yang ditemui oleh Hussin dan pasukannya di Sungai Panchau pada 15 Sept 2010 tidak ditimbang.

Hussin berkata penimbangan sampel-sampel itu dilakukan oleh pihak hospital di mana ia dihantar.

Semasa menyoal balas, Amer telah mencadangkan bahawa kerana pihak forensik tidak mengukur kederasan arus Sungai Panchau dan berat sampel tulang itu maka tidak dapat ditentukan punca asal tulang-tulang itu dihanyutkan.

Hussin bagaimanapun tidak bersetuju dengan teori yang dikemukakan Amer itu.

Menjawab pertanyaan Idham, Hussin memberitahu mahkamah bahawa ada kesan kepada tulang yang ditemui jika ia dibasuh iaitu tanah yang meliputinya boleh hilang dan menyebabkan calar pada tulang itu tetapi ia juga bergantung kepada teknik pembasuhan.

Manjeet memberitahu mahkamah bahawa kawasan yang digali oleh pasukan forensik itu tanahnya mungkin telah diresapi najis haiwan seperti anjing dan lembu yang ada di Ladang Gadong, yang disyaki lokasi Sosilawati dan tiga yang lain dibunuh.

Keadaan itu mungkin menyebabkan ujian awal yang dilakukan oleh Hussin dan pasukannya menggunakan 'hemocculet sensor card' mendapati 58 sampel tanah dari kawasan di ladang itu menunjukkan kesan positif darah pada sampel tetapi keputusan Jabatan Kimia mengatakan tiada kesan darah, katanya.

Manjeet berkata, haiwan seperti lembu dan anjing menghadapi masalah usus seperti manusia dan najis mereka boleh berdarah dan apabila hari hujan, najis-najis itu akan meresap ke dalam tanah.

Kenyataan Manjeet itu dipersetujui Hussin. Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir disambung esok. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

19 Mangsa Banjir Di Perlis Dipindahkan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain