Kementerian Kesihatan Siasat Dakwaan Perdagangan Ginjal Haram - Semasa | mStar

Kementerian Kesihatan Siasat Dakwaan Perdagangan Ginjal Haram

KUALA LUMPUR: Dakwaan hospital di Malaysia terbabit dalam aktiviti perdagangan ginjal secara haram menyebabkan Kementerian Kesihatan akan berhubung dengan pihak polis untuk menjalankan siasatan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hasan Abdul Rahman dalam satu kenyataan hari ini berkata kementerian memandang serius perkara itu yang didedahkan oleh akhbar tempatan baru-baru ini.

Beliau menjelaskan pembedahan transplan buah pinggang di negara ini hanya dilakukan di beberapa hospital khusus iaitu di Hospital Kuala Lumpur, Hospital Selayang, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan beberapa hospital swasta di Lembah Klang.

Dr Hasan berkata adalah tidak masuk akal aktiviti haram seperti itu terutamanya membabitkan orang asing, dijalankan di mana-mana hospital berkenaan.

"Bagaimanapun, jika terdapat bukti dakwaan itu berlaku di mana-mana hospital, kementerian sudah pasti akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka," katanya.

Laporan itu antara lain mendakwa penderma dari kampung terpencil di Bangladesh diterbangkan ke Asia Tenggara untuk menjual ginjal mereka.

Dr Hasan berkata kementerian menggalakkan penderma organ kadaverik dan daripada penderma yang masih hidup yang mempunyai kaitan kekeluargaan dengan pesakit.

Beliau berkata penderma yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pesakit perlu mendapat penilaian dan kelulusan oleh jawatankuasa khas, 'Unrelated Transplant Approval Committee' yang dilantik oleh Ketua Pengarah Kesihatan.

"Sehubungan itu, dakwaan transplan daripada warga asing yang tidak mempunyai pertalian (dari Bangladesh) perlu mendapat kelulusan daripada kementerian terlebih darhulu. Berdasarkan rekod kami tidak menunjukkan sebarang permintaan atau permohonan seperti itu," katanya.

Dr Hasan berkata sebagai anggota Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan selaras dengan perjanjian 'The Declaration of Istanbul on Organ Trafficking and Transplant Tourism', Malaysia komited untuk memastikan aktiviti perdagangan organ secara haram tidak berlaku di negara ini.

"Untuk mengetatkan lagi prosedur pemindahan, kementerian sedang merangka Rang Undang-Undang Pemindahan yang baru dan lebih komprehensif," katanya dan menambah Polisi Transplantasi Organ, Tisu dan Sel Kebangsaan dilancarkan pada 2007 sebagai panduan kepada pembangunan pemindahan berdasarkan amalan etika terbaik hospital di Malaysia. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain