suria

Polis P. Pinang Kenalpasti Lokasi Perjudian

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang telah mengenalpasti beberapa lokasi 'panas' aktiviti perjudian di negeri ini dan kini giat menjalankan operasi bagi membanteras gejala itu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata operasi berterusan oleh Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dengan bantuan anggota polis Bukit Aman itu bertumpu di tiga daerah.

"Tumpuan utama ialah di Timur Laut, Barat Daya dan Seberang Jaya Tengah. Kami turut menjalankan operasi di lokasi yang pernah diserbu," katanya pada sidang akhbar di sini, Ahad.

Beliau berkata bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, sebanyak 1,718 serbuan dilakukan berbanding 641 pada tahun lepas dan dalam tempoh yang sama seramai 631 orang ditahan berbanding 271 orang pada tahun lepas.

"Sebanyak 6,416 set komputer yang mengandungi perisian perjudian dirampas pada tahun ini berbanding 1,972 set yang dirampas tahun lepas," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain