suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

32 Kawasan Catat Kualiti Udara Sederhana

KUALA LUMPUR: Sebanyak 32 kawasan di negara ini mencatatkan kualiti udara sederhana manakala 19 lagi baik dalam bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) setakat 11 pagi Sabtu. Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan tidak ada kawasan mencatatkan IPU tidak sihat.

Lima kawasan mencatat IPU tertinggi ialah Nilai, Negeri Sembilan (90); Batu Muda, Kuala Lumpur (80); Petaling Jaya dan Banting di Selangor masing-masing mencatat 79; dan Cheras, Kuala Lumpur (78), menurut JAS dalam laman sesawangnya.

Bacaan IPU pada tahap antara 0 dan 50 dianggap baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 301 berbahaya.

Menurut JAS keadaan berjerebu dijangka berterusan untuk beberapa hari akan datang dan menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka serta bekerjasama memadamkan kebakaran kecil. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain