suria

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan N.Sembilan Pada Hari Raya Pertama

SEREMBAN: Majlis rumah terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sembilan akan diadakan pada hari raya pertama.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata majlis tersebut akan berlangsung di perkarangan Dewan Undangan Negeri, Wisma Negeri, di sini mulai pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari.

"Saya dan keluarga pula akan mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri di No.1, Kampung Tanjung, Rantau pada 3 Sept mulai pukul 10 pagi hingga 6 petang," katanya di sini, Sabtu.

Sementara itu, majlis rumah terbuka Aidilfitri Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan yang juga Anggota Parlimen Jelebu Datuk Seri Dr Rais Yatim akan diadakan di Terminal Air Hitam, Jempol pada 6 September mulai pukul 8 malam.

Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor yang juga Anggota Parlimen Tampin akan mengadakan majlis rumah terbuka beliau di padang serbaguna Tampin pada 10 September mulai 2 petang hingga 6 petang. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain