Kontraktor Dituduh Cuba Bunuh Anak Sendiri - Semasa | mStar

Kontraktor Dituduh Cuba Bunuh Anak Sendiri

KUALA TERENGGANU: Seorang kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu kerana dituduh cuba membunuh anak perempuannya sendiri dalam kejadian di lebuh raya baru Bukit Besi di Dungun, Isnin lepas.

Shahli Harun, 42, dituduh cuba membunuh Puteri Intan Syazwani, 4 tahun, dengan menggunakan sebilah parang hingga menyebabkan kecederaan di leher anaknya itu.

Shahli, berasal dari Guar Jumaat, Gurun, Kedah, dituduh melakukan perbuatan itu antara 1 tengah hari dan 2 petang berhampiran pondok tol yang masih dalam pembinaan.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, dan jika sekiranya perbuatan itu menyebabkan kecederaan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zainal Abidin Kamarudin, Shahli yang tinggal di Kampung Bijangga, Dungun, pada mulanya kelihatan berdolak dalik dengan mengatakan dirinya tidak faham pertuduhan dan tidak waras.

Bagaimanapun setelah pertuduhan dibacakan sekali lagi, dia kemudian mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan Timbalan Pendakwa Raya Masriwani Mahmud kemudian memohon kepada mahkamah agar tidak membenarkan Shahli diikat jamin memandangkan dia dan anaknya tinggal bersama dan dikhuatiri boleh mendatangkan bahaya kepada mangsa dan keluarga.

Tertuduh kemudian meminta mahkamah agar menghubungi kakaknya di Guar Jumaat bagi memaklumkan tentang penahanannya itu.

Hakim Zainal Abidin kemudian mengarah pihak pendakwaan agar berbuat demikian dan menetapkan 3 Okt ini sebagai tarikh sebutan semula kes. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain