Jawatankuasa Khas Parlimen: Bersih Hargai Lapan Tuntutan Jadi Rangka Kerja - Semasa | mStar

Jawatankuasa Khas Parlimen: Bersih Hargai Lapan Tuntutan Jadi Rangka Kerja

PETALING JAYA: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyambut baik keputusan kerajaan menjadikan lapan tuntutan mereka menerusi memorandum yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini sebagai sebahagian rangka kerja di bawah Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen.

Ahli Jawatankuasa Bersih, Maria Chin Abdullah bagaimanapun berkata, tuntutan mereka itu akan lebih bermakna sekiranya kerajaan melaksanakan semua syor yang bakal dibuat oleh jawatankuasa khas tersebut sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

"Kami anggap ini adalah kejayaan Bersih 2.0 walaupun mereka (kerajaan) tidak iktiraf kewujudan Bersih... tak mengapa.

"Bagi Bersih sendiri kami menyambut baik inisiatif berkenaan apabila menjadikan lapan tuntutan kami sebagai rangka kerja, tapi apa yang lebih penting ialah agar kerajaan melaksanakan syor yang akan dibuat sebelum PRU dilaksanakan," katanya kepada mStar Online di sini, Selasa.

Pada Isnin kerajaan mengumumkan lapan tuntutan yang dibangkitkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai penambahbaikan sistem pilihan raya sedia ada akan dijadikan sebagai rangka kerja di bawah Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen yang akan dianggotai oleh ahli Parlimen kerajaan Barisan Nasional (BN), pembangkang dan bebas.

Lapan perkara yang akan dijadikan rangka kerja bagi jawatankuasa khas tersebut ialah bagi memperkukuhkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menghapuskan aktiviti rasuah sewaktu tempoh pilihan raya dan hari mengundi, menghapuskan taktik politik kotor, akses kepada media dan pembersihan daftar pemilih.

Selain itu jawatankuasa yang akan dianggotai sembilan Ahli Parlimen itu juga akan mengkaji mengenai sistem undi pos dan pengundian awal termasuk mengenai pemilih sah yang berada di luar negara pada hari pengundian, penggunaan dakwat kekal serta sistem biometrik dan mengenai tempoh kempen pilihan raya.

Mengulas lanjut Maria berkata, adalah menjadi sesuatu yang sia-sia sekiranya syor jawatankuasa khas mengenai penambahbaikan sistem pilihan raya itu tidak dilaksanakan dengan sebaik mungkin oleh kerajaan terutama menerusi PRU akan datang.

"Kami bimbang sekiranya syor dan pandangan yang diberikan jawatankuasa khas itu sekadar cantik di atas kertas tanpa perlaksanaan yang sepatutnya.

"Kelemahan kerajaan ialah mereka menerima laporan yang bagus, tapi lemah dari segi pelaksanaan... kita harap ia tidak berlaku," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

KDN Akan Saman Ketua Wanita PKR

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain