suria

Anwar Beri Keterangan Di Kandang Tertuduh

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin, memilih untuk memberi keterangan daripada kandang tertuduh bagi membela diri atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Perkara itu dinyatakan di Mahkamah Tinggi di sini, setelah ditanya sebanyak dua kali oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Keterangan dari kandang tertuduh bermaksud tidak boleh disoal balas oleh pihak pendakwaan, namun beban pembuktiannya kurang dan berat keterangan akan ditentukan oleh mahkamah kelak.

Selepas memaklumkan pilihan memberi keterangan dari kandang tertuduh, peguam utama Anwar, Karpal Singh memohon agar prosiding ditangguhkan sebentar untuk membolehkan mereka membuat persediaan dalam pembelaan tersebut.

Pada prosiding hari ini, galeri awam mahkamah sesak dan antara yang hadir memberi sokongan ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, ahli-ahli politik seperti Mahfuz Omar, Ronnie Liu, Tian Chua dan Yusmadi Yusof.

Dalam pembelaannya, Anwar berkata tuduhan terhadapnya dibuat dalam niat jahat untuk membunuh karakter dirinya sambil menegaskan bahawa beliau tidak akan tunduk terhadap percubaan-percubaan itu.

Selain itu, beliau berkata tindakan memberi pembelaan daripada kandang pesalah adalah dibuat kerana beliau telah dinafikan hak untuk mendapat satu perbicaraan yang adil.

Anwar juga mempersoalkan tindakan Mohd Saiful yang mendakwa dirinya diliwat, tetapi masih menghadiri majlis yang dianjurkan oleh PKR dan majis kelab peminat Anwar Ibrahim yang diadakan sehari selepas kejadian liwat didakwa berlaku.

Faktor fizikal Mohd Saiful yang berusia awal 20an, sihat juga ditimbulkan dalam pembelaan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dengan membandingkan fizikalnya telah mencecah 60-an, mempunyai sejarah sakit belakang dan pernah menjalani pembedahan.

Artikel Sebelum

Zuraida Tak Gentar Saman KDN

Artikel Berikut

Artikel Lain