suria

Penuntut Tajaan Mara Di London Masih Ditempatkan Di 'Rumah Mara'

KUALA LUMPUR: Penuntut tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di sekitar London masih ditempatkan di 'Rumah Mara' berikutan insiden rusuhan di ibu negara Britain itu baru-baru ini.

Pengerusi Mara Datuk Seri Idris Jusoh berkata mereka akan dibenar meninggalkan rumah itu apabila keadaan di London selamat.

"Kita akan awasi keselamatan mereka terutama yang tinggal di East London, kerana kawasan itu dikatakan agak berbahaya," katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis berbuka puasa dan tahlil anjuran Mara, Isnin.

Seramai 700 penuntut tajaan Mara berada di United Kingdom.

Dalam rusuhan baru-baru ini, penuntut tahun pertama jurusan perakaunan tajaan Mara, Muhammad Asyraf Haziq Rossli, 20, yang mengikuti pengajian di Kolej Kaplan, telah diserang dan dirompak. - BERNAMA

Artikel Lain