suria

Laman Sosial Sokong JAIS, Hasan Ali Peroleh Sokongan

PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Exco Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali terus mendapat sokongan terbuka dalam isu serbuan ke atas sebuah gereja di Seksyen 13, Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

Usaha JAIS dan Hasan mempertahan kesucian agama Islam khususnya bagi mencegah gejala murtad disokong lebih 14,000 umat Islam menerusi laman sosial facebook.

Tinjauan pagi Rabu mendapati, seramai 14,860 individu menyatakan sokongan menerusi laman peminat '1,000,000 umat Islam sokong JAIS & Hasan Ali cegah murtad' yang mula diwujudkan sejak Sabtu lalu.

Pengendali laman berkenaan yang menggelarkan diri sebagai 'Soldiers of Allah' berkata, usaha tersebut diambil bagi menyokong Dr Hasan dan JAIS yang menjadi mangsa kecaman oleh pelbagai pihak.

Malah menerusi nota terbaru yang dimuat naik pada Rabu, pengendali laman berkenaan turut mendedahkan senarai 12 umat Islam yang menghadiri majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Tanpa menyatakan sumber maklumat berkenaan, 'Soldiers of Allah' mendedahkan senarai nama lengkap kesemua 12 individu yang dipercayai diberi notis hadir ke Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Senarai berkenaan menunjukkan seramai sembilan wanita dan tiga lelaki antara umur 16 hingga 42 tahun menghadiri majlis di gereja berkenaan.

Artikel Lain