suria

Mayat Remaja Korea Dipercayai Lemas Semasa Meluncur Air Di Kudat Ditemui

KOTA KINABALU: Seorang remaja Korea yang dipercayai hilang semasa meluncur air di Pantai Tanjung Simpang Mengayau Kudat pada hari Jumaat lepas, ditemui mati kira-kira pukul 8.29 pagi Isnin.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sabah dan Labuan dalam satu kenyataan di sini Isnin berkata mayat itu dibawa ke Hospital Kudat untuk dibedah siasat dan urusan tuntutan keluarga mangsa untuk membawa balik ke negara asal.

Mangsa seorang remaja lelaki berusia lingkungan 18 tahun dipercayai lemas dipukul ombak besar dan angin kuat semasa meluncur bersama seorang lagi rakannya.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas itu dikoordinasikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Daerah Kudat bersama Pasukan Gerakan Marin dan penduduk setempat menggunakan bot aluminium di kedudukan 300 kaki dari tempat kejadian.

Usaha mencari dan menyelamat mangsa tersebut dibantu oleh Pasukan Skuba dan Jet Ski Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kota Belud. - BERNAMA

Artikel Lain