suria

Perubahan Tak Bawa Manfaat Tidak Bererti Untuk Rakyat - Najib

GUAR CHEMPEDAK: Perubahan yang hendak dibawa seharusnya bernilai, membawa manfaat dan bererti kepada rakyat, kata Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Perdana Menteri berkata perubahan yang dilakukan pada wajah luar adalah tidak bermakna kerana rakyat tidak dapat menikmatinya.

"Rakyat khususnya pengundi kena tanya soal kemampuan pemimpin membawa perubahan kepada negeri yang ditadbir. Setakat baik sahaja tidak bermakna.

"....jadi pikiaq...pikiaq...pikiaqlah (jadi fikir, fikir, fikirlah)," kata Perdana Menteri dalam loghat Kedah sewaktu berucap pada majlis jamuan rakyat di padang awam Guar Chempedak di sini Khamis.

Ketibaan Najib disambut oleh gabungan pasukan silat daerah Yan. Beliau turut menikmati jamuan makan dengan duduk bersila bersama kira-kira 15,000 orang yang hadir.

Perdana Menteri berkata untuk menilai kempimpinan yang boleh membawa perubahan, perkara penting yang perlu disoal ialah kemampuan pemimpin dalam menterjemahkan janji untuk melaksanakan perubahan yang memberi manfaat.

"Perubahan yang dilakukan walaupun kecil tetapi membawa bermakna adalah lebih baik dan saya percaya rakyat mahukan yang terbaik," kata Najib.

Beliau meminta rakyat terus menyokong dan mengekalkan mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya sejak Merdeka, Umnolah yang yang berusaha membangunkan negara, dari sebuah negara kecil sehingga mendapat pengiktirafan dunia.

"Saya tidak mungkin diiktiraf apabila berkunjung ke luar negara. Ini adalah kerana kemampuan kita mentadbir dan membangunkan negara," kata Najib.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain