suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Taib Antara Pembesar Negeri Beri Penghormatan Terakhir Kepada Datuk Seri Tra Zehnder

KUCHING: Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud merupakan antara pembesar negeri yang memberikan penghormatan terakhir kepada tokoh wanita Sarawak mendiang Datuk Seri Tra Zehnder di kediamannya di Jalan Sultan Tengah di sini tengah hari tadi.

Upacara sembahyang diadakan di Gereja St Joseph di sini sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Katolik Jalan Siol Kandis petang ini.

Tokoh politik veteran Sarawak yang juga wanita pertama menduduki kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak itu, meninggal dunia pada usia 84 tahun akibat sakit tua kira-kira pukul 9.30 malam, Jumaat lalu di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini.

Mendiang Tra yang mempunyai tujuh anak menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dari tahun 1960 hingga 1963 dan juga merupakan pengasas kepada Persatuan Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) sebagai setiausaha kehormat (1960) sebelum dilantik menjadi presiden (1964-1966).

Antara sumbangan besar mendiang kepada Sarawak khasnya masyarakat Dayak ialah menjadikan sambutan Gawai Dayak sebagai sambutan peringkat negeri pada 1 Jun setiap tahun sebagai pengiktirafan kepada masyarakat kaum Dayak di Sarawak.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain