Kerja Naik Taraf Lorong Tol Plaza Penchala Mulai Jumaat - Semasa | mStar

Kerja Naik Taraf Lorong Tol Plaza Penchala Mulai Jumaat

KUALA LUMPUR: Kerja menaik taraf lorong Plaza Tol Penchala di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) akan dimulakan oleh Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) Jumaat ini.

Kerja menaik taraf itu melibatkan lorong arah Bandar Utama ke Kepong (N21) dan lorong Kepong ke Bandar Utama (S03).

Menurut kenyataan Litrak pada Selasa, kerja di lorong Bandar Utama ke Kepong mengambil masa empat hari sehingga 26 Julai manakala lorong Kepong ke Bandar Utama selama 26 hari sehingga 16 Ogos ini.

Litrak akan menyediakan pengurusan trafik sementara dan papan tanda amaran untuk lokasi sepanjang kerja menaik taraf itu.

Pengguna lebuh raya dinasihat mematuhi arahan papan tanda lencongan trafik untuk kelancaran trafik di plaza tol berkenaan. Talian bantuan LDP ialah 03-74947333.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini