suria

Program Pengampunan PATI Bakal Dilaksanakan 1 Ogos

PUTRAJAYA: Program pemutihan dan pengampunan bagi mendaftarkan pendatang asing tanpa izin (PATI) dijangka akan dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri pada 1 Ogos ini.

Program yang sepatutnya bermula pada 11 Julai lalu bagaimanapun terpaksa ditangguhkan bagi membolehkan pelaksanaan pendaftaran pendatang asing menggunakan sistem biometrik hingga 31 Julai ini kata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adama dalam satu kenyataan kepada Bernama pada Rabu.

Isnin lepas, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah mengumumkan bahawa program pemutihan dan pengampunan PATI akan ditangguhkan sementara waktu sehingga semua pihak benar-benar bersedia.

Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut Mahmood berkata, pendaftaran menggunakan sistem biometrik akan memudahkan Jabatan Imigresen mengenalpasti pekerja asing yang lari daripada majikan.

Mereka yang dikenalpasti tidak akan dibenarkan mendaftar.

Mereka akan dinasihatkan supaya kembali kepada majikan tersebut atau dihantar pulang ke negara asal semasa program pengampunan.

Terdapat kira-kira 1.8 juta pekejra asing berdaftar diambil bekerja oleh majikan di negara ini.

Sementara itu wartawan The Star, Martin Carvalho melaporkan Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) telah meletakkan kain rentang memaklumkan mengenai penangguhan program tersebut.

Koordinator Penerangan, Sosial dan Budaya KBRI Suryana Sastradiredja berkata disebabkan permintaan yang tinggi, kerajaan Indonesia telah meningkatkan jumlah pekerja asing yang dibenarkan bekerja di Malaysia sebanyak 60 peratus atau 700,000.

“Kami menyambut baik penangguhan program ini kerana ia akan memberikan masa kepada pihak kami untuk meningkatkan tenaga kerja dan peralatan bagi proses pendaftaran,” katanya.

Beliau berkata pada kebiasaannya pihak kedutaan mampu mengeluarkan kira-kira 1,200 pasport setiap hari namun ia dijangka meningkat mencecah kepada 7,000 hingga 9,000 pasport apabila proses pendafataran bermula.

Selain itu, sikap agen yang tidak bertanggungjawab amat dikesali, Suryana berkata mereka ini telah menipu pekerja asing dengan mengenakan cas sebanyak RM300 hingga RM5,000 bagi proses pendataran.

Oleh itu, beliau bekata pihak kedutaan akan mengemukakan nama agen tersebut kepada pihak berkuasa Malaysia.

Sementara itu, Atase Tenaga Kerja Nepal Surya Prasad Bhandari berkata penangguhan program tersebut telah menyusahkan pekerja Nepal di negara ini.

Hal ini kerana, menurutnya, kebanyakan rakyat Nepal bukan pekerja tanpa izin dan mereka yang perlu mendaftar bagi mengesahkan status pekerjaan mereka yang baru.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain