suria

PKINK Perjelas Isu Tapak Hentian Teksi Di Pasir Puteh

KOTA BARU: Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) tidak berhasrat mengarahkan Persatuan Pemandu Teksi Pasir Puteh berpindah stesen ke tapak baru dalam masa terdekat.

Ketua Eksekutifnya, Mohd Sabri Abdullah berkata, PKINK pada awalnya bercadang untuk membangunkan tapak stesen teksi itu, yang terletak bersebelahan Pasar Lama Pasir Puteh dan ianya bukan untuk dilaksanakan segera.

Malahan, PKINK masih mahukan stesen teksi itu beroperasi ditapaknya yang sedia ada sehingga PKINK mempunyai lokasi baru sebagai ganti.

"Tidak berlaku sebarang penjualan ke atas tanah tersebut pada masa ini kepada mana-mana pihak sebagaimana yang dilaporkan dan ini mungkin berlaku silap faham pihak persatuan dalam isu tersebut," katanya.

Beliau kesal dengan laporan kononnya kerajaan negeri melalui PKINK merampas tanah untuk dijual kepada sebuah syarikat untuk dibangunkan dengan projek baru ketika lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Kelantan pada 2 Julai lepas.

Mohd Sabri berkata projek pembangunan itu masih di peringkat cadangan dan keputusan mengenainya belum muktamad. - BERNAMA

Artikel Lain