suria

Dua Remaja Terbunuh Dalam Kemalangan Di Kangar

KANGAR: Dua remaja maut apabila motosikal yang mereka naiki terbabas dan melanggar sebatang tiang di Utan Aji dekat sini petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kangar Supritendan Abdul Rahman Noordin berkata kejadian dipercayai berlaku pukul 3 petang namun hanya disedari orang ramai kira-kira 40 minit kemudian.

Mohamad Asyraf Maslin, 19, dari Kampung Alor Tampang, Beseri dan Abdul Azim Zainol Abidin, 17, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala, katanya ketika dihubungi, di sini Ahad.

Abdul Rahman berkata dua remaja terbabit dipercayai dalam perjalanan dari arah Kangar menghala ke Kampung Telok Epa apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar tiang, mengakibatkan kedua-duanya tercampak ke dalam parit.

Mayat kedua-dua mereka ditemui orang ramai yang menggunakan jalan berkenaan, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain