suria

Anwar Buat Andaian Awal Kes Perbicaraan Trio 'Datuk T"

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin trio 'Datuk T' yang akan didakwa Jumaat ini hanya akan menerima hukuman paling minimum.

"Saya jangka dakwaan dan hukuman yang bakal dikenakan begitu minimum kerana dakwaan ini bersifat politik saja. Kalau kita (pembangkang) yang didakwa lain ceritanya," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, Rabu.

Menurutnya, pendakwaan yang diletakkan di bawah bidang kuasa peguam negara tidak boleh dipandang serius.

Trio 'Datuk T' terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim, dan juga ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Ketiga-tiga individu itu mengaku menayangkan video seks yang didakwa mirip Anwar kepada para editor dan wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

Salah seorang trio 'Datuk T' mengirim khidmat pesanan ringkas kepada wakil-wakil media meminta mereka hadir ke Mahkamah Jalan Duta pada pukul 8 pagi, Jumaat ini kerana mereka (trio berkenaan) akan didakwa.

Artikel Lain