suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Pelajar PTPL Ditahan Kerana Hina Gambar Yang di-Pertuan Agong

KUALA TERENGGANU: Polis menahan seorang bekas pelajar PTPL Kota Baru ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kes menghina gambar Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang dikeluarkan dalam laman sosial baru-baru ini.

Lelaki berusia 24 tahun yang merupakan seorang penganggur, telah menyerah diri di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada 8 malam dua hari lepas.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata, polis turut merampas sebuah komputer riba yang dibawa oleh lelaki itu yang berasal dari Kubang Kerian, Kelantan.

"Siasatan awal polis mendapati dua individu yang disyaki terlibat dan kita masih mencari seorang lagi untuk membantu siasatan kes ini," katanya.

Pada 13 Jun lepas Kelab Penyokong Bola Sepak Terengganu FC membuat laporan polis berhubung kes penghinaan terhadap gambar Yang di-Pertuan Agong dalam sebuah laman sosial dengan mengubahsuai muka Seri Paduka Baginda. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain