suria

Jumlah Pembaca Yang Nyatakan "Tidak Wajar" Bekalan Air Dihentikan Mengatasi Jumlah Pengundi "Wajar"

PETALING JAYA: mStar Online telah menjalankan satu tinjauan berhubung kewajaran pihak Syabas menutup penyaluran air kepada lebih sejuta pengguna di sekitar Lembah Klang selama tiga hari berturut-turut bermula pagi Rabu.

Dalam tinjauan tersebut, kami telah bertanya kepada para pembaca apakah mereka merasakan tindakan Syabas itu wajar atau tidak wajar kerana ia hanya menyusahkan para pengguna memandangkan tempoh yang diambil adalah terlalu lama iaitu melebihi 48 jam.

Ini akan menyebabkan lebih sejuta penduduk di sekitar Lembah Klang sepanjang tiga hari mulai pagi Rabu hingga pagi Jumaat akan berhadapan dengan "krisis bekalan air".

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) mengambil keputusan untuk memutuskan bekalan air bagi membolehkan mereka melakukan kerja-kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor.

Dalam tempoh tersebut, bekalan air tidak akan dibuka langsung. Ini bermakna para pengguna di kawasan-kawasan yang terjejas iaitu sebahagian besar Kuala Lumpur, Gombak, Petaling Jaya dan Hulu Selangor perlu benar-benar berjimat dan menggunakan bekalan air yang sedia ada di tangki rumah atau premis pejabat masing-masing sehingga bekalan air itu habis.

Bagaimanapun berikut adalah keputusan hasil tinjauan yang dilakukan oleh mStar Online secara dalam talian berhubung isu tersebut:

Pada 2.45 petang;

Jumlah Yang Mengundi "Wajar": 149 orang.

Jumlah yang mengundi "Tidak Wajar": 95 orang.

Pada 5.28 petang;

Jumlah Yang Mengundi "Wajar": 170 orang.

Jumlah yang mengundi "Tidak Wajar": 179 orang.

Pada 5.39 petang;

Jumlah Yang Mengundi "Wajar": 170 orang.

Jumlah yang mengundi "Tidak Wajar": 185 orang.

Pada 6.40 petang;

Jumlah Yang Mengundi "Wajar": 176 orang.

Jumlah yang mengundi "Tidak Wajar": 269 orang.

Pada 7.03 petang;

Jumlah Yang Mengundi "Wajar": 178 orang.

Jumlah yang mengundi "Tidak Wajar": 327 orang.

Pada 8.00 mlm;

Jumlah Yang Mengundi "Wajar": 180 orang.

Jumlah yang mengundi "Tidak Wajar": 353 orang.

Pada 9.06 mlm;

Jumlah Yang Mengundi "Wajar": 182 orang.

Jumlah yang mengundi "Tidak Wajar": 362 orang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain