suria

Lelaki Maut, Anggota Polis Cedera Dalam Kemalangan

IPOH: Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Ipoh-Kuala Kangsar dekat sini pada Isnin.

Kejadian pada pukul 1 petang itu turut menyebabkan seorang anggota polis yang membuat kawalan lalu lintas di jalan itu cedera apabila dirempuh sebuah motosikal.

Sulaiman Tam, 56, dari Chemur di sini mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat, manakala Sjn Jamaluddin Hussin, 48, yang patah kaki kiri pula kini dirawat di hospital yang sama.

Ketua Polis Daerah Ipoh DSP Mohd Rodzi Rejab berkata ketika kejadian motosikal yang ditunggang Sulaiman dalam perjalanan dari Ipoh ke Chemor.

"Lori yang membawa muatan baja dan datang dari arah yang sama itu bergesel dengan motosikal yang ditunggang Sulaiman menyebabkan lelaki itu terjatuh di atas jalan dan kepalanya digilis tayar belakang lori," katanya ketika dihubungi di sini. -BERNAMA

Artikel Lain