suria

RINGKASAN LAIN-LAIN BERITA UTAMA KHAMIS 21 APR

STATUS NEGARA BUKAN JAMINAN

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata status sesebuah negara itu bukan jaminan untuk mereka kekal berjaya jika dasar kewangan dan ekonomi tidak diurus dengan baik.

CHINA TINGKATKAN PELABURAN

BEIJING: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata China bersetuju meningkatkan pelaburannya di Malaysia agar setara dengan pelaburan yang dibuat Malaysia di republik itu.

AKADEMI PERUNCITAN DITUBUH

KUALA LUMPUR: Akademi Peruncitan bakal ditubuhkan tidak lama lagi bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pekerja sektor peruncitan untuk memastikan perkembangan sektor itu menjadi lebih dinamik, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

KERJASAMA BERITA

KUALA LUMPUR: Kerjasama antara Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Agensi Berita Indonesia (Antara) telah membantu meningkatkan pengetahuan rakyat dan seterusnya mengukuhkan hubungan dua hala, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

PENDEDAHAN PADA MUZIK

MELAKA: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini mencadangkan agar kanak-kanak di pusat Intervensi Autisme didedahkan dengan pembelajaran dalam bidang muzik.

PELUANG PELABURAN

SHANGHAI: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menjemput syarikat China untuk menerokai peluang pelaburan di dalam 131 projek permulaaan (EPP) yang dikenal pasti bernilai US$138 juta di Malaysia.

Artikel Berikut

Artikel Lain