suria

SPRM Tahan Dua Individu Terlibat Dalam Penganugerahan Datuk Palsu

KOTA BAHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua individu bagi membantu siasatan kes berkaitan penganugerahan Darjah Kebesaran dan Datuk palsu.

Menurut sumber, kedua-dua individu itu, seorang daripadanya wanita dibawa ke Kuala Lumpur hari ini dan dipercayai akan dihadapkan ke mahkamah pada Jumaat.

Pengarah SPRM Kelantan Nasaruddin Mohd Nor ketika dihubungi enggan mengulas mengenai perkara itu. -BERNAMA

Artikel Lain