Seorang Mangsa Keracunan Cendawan Meninggal Dunia - Semasa | mStar

Seorang Mangsa Keracunan Cendawan Meninggal Dunia

ALOR SETAR: Seorang mangsa keracunan cendawan, Boonma Gaeonim, 41, (perempuan) yang dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sejak Khamis meninggal dunia pada 6.45 pagi Jumaat.

Mendiang bersama suami, Thongthi Poi, 50, dimasukkan ke Hospital Jitra sebelum dikejarkan ke HSB ekoran tidak sedarkan diri selepas makan sejenis cendawan liar yang dipungut di kebun getah di Bukit Tangga, Changlun.

Pengarah HSB Datuk Dr Juita Ghazalie berkata punca kematian mendiang disebabkan sindrom sukar bernafas akut menyamai pneumonia aspirasi, yang berlaku sewaktu mangsa diserang sawan di rumahnya sebelum dibawa ke Hospital Jitra.

"Suaminya yang turut sama makan cendawan itu kini stabil dan telah di pindahkan ke wad biasa," katanya kepada pemberita di sini.

Dalam kejadian Rabu lalu sepasang suami isteri warga Thailand itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi HSB selepas makan sejenis cendawan liar yang dijadikan hidangan tengah hari.

Anak perempuan pasangan itu, Pavini Boonma, 21, terselamat selepas ditegah ibunya kerana pasangan itu berasa pening selepas makan cendawan itu.

Dr Juita juga turut menasihatkan orang ramai supaya tidak makan cendawan yang tumbuh liar kerana berkemungkinan ia beracun.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Deputi Supritendan Ibrahim Mohd Yusuf ketika ditemui di sini hari ini berkata pihaknya telah menerima laporan mengenai kes itu dari Balai Polis Bukit Kayu Hitam pagi tadi.

"Berdasarkan laporan kedua-dua mangsa dimasukkan ke Hospital Jitra pukul 4.30 petang semalam sebelum dirujuk ke HSB.

"Polis juga telah dimaklumkan bahawa salah seorang mangsa meninggal dunia pagi ini," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa