suria

Enam Lagi Perusuh Ditangkap Di Lenggeng

SEREMBAN: Seramai enam lagi pendatang tanpa izin yang melarikan diri setelah membakar sebuah blok bangunan kediaman mereka di Depot Tahanan Imigresen Lenggeng dekat sini Selasa lepas ditahan oleh pihak berkuasa malam Khamis.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Abdul Manan Mohd Hassan memberitahu Bernama, keenam-enam lelaki itu diberkas di sekitar Lenggeng.

"Dengan tangkapan itu, setakat pukul 7 pagi ini jumlah keseluruhan yang berjaya ditahan ialah 92 orang sementara 17 lagi masih bebas," katanya di sini, Jumaat.

Dalam kejadian itu, 109 pendatang asing dari Myanmar, Nepal, Bangladesh, Vietnam, Thailand dan Iran yang mendiami Blok A depot tersebut merusuh sebelum membakar bangunan blok itu untuk melarikan diri. -BERNAMA

Artikel Lain