suria

AirAsia Tawar 20 Peratus Diskaun

KUALA LUMPUR: AirAsia sekali lagi menawarkan diskaun sebanyak 20 peratus untuk tempat duduk ke semua destinasi bagi tempoh terhad tiga hari, bermula Rabu.

Tawaran itu boleh didapatkan secara eksklusif dalam talian menerusi laman sesawang AirAsia di www.airasia.com sehingga 8 April untuk tempoh perjalanan antara 9 April, 2011 dan 26 Mei, 2011, kata AirAsia dalam satu kenyataan Selasa.

Promosi itu turut melibatkan kesemua penerbangan jarak jauh yang dikendalikan oleh AirAsia X, kecuali penerbangan ke Jepun.

Promosi itu termasuklah laluan AirAsia yang baru diperkenalkan iaitu Kota Kinabalu - Jakarta, yang akan bermula pada 7 Mei, 2011 dengan penerbangan tiga kali seminggu pada hari-hari Selasa, Khamis dan Sabtu melalui habnya di Kota Kinabalu, Malaysia.

Artikel Lain