PRN Sarawak: BN Gugur Tiga Pemimpin Senior - Semasa | mStar

PRN Sarawak: BN Gugur Tiga Pemimpin Senior

KUCHING: Barisan Nasional (BN) Sarawak menggugurkan tiga nama pemimpin senior daripada bertanding mewakili parti itu pada pilihan raya negeri ke-10 yang akan diadakan pada 16 April depan.

Tiga yang berkenaan ialah Speaker DUN Sarawak, Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semop daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) dan penyandang kerusi DUN Dudong, Dr Soon Choon Teck daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Sementara itu seorang lagi yang turut tidak tersenarai ialah penyandang kerusi DUN Pelagus, Larry Sng yang tidak mewakili mana-mana parti selepas dipecat daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS) pada 2007.

Beliau juga merupakan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri.

BN Sarawak mengumumkan 70 nama yang akan mewakili parti berkenaan pada pilihan raya itu nanti kecuali satu calon bagi kerusi Ba'kelalan yang masih berstatus 'misteri'.

Penasihat Khas Pejabat Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem berkata calon bagi kerusi Ba'kelalan hanya akan diketahui menjelang hari penamaan calon pada Rabu ini.

"Calonya masih misteri dan akan diumumkan dalam beberapa hari lagi sebelum penamaan calon...kita akan biarkan anda buat tekaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PBB di sini, Ahad.

Katanya BN Sarawak masih mencari individu yang paling tepat untuk bertanding di kerusi berkenaan berdasarkan kriteria calon boleh menang.

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang mempengerusikan mesyuarat khas sebelum pengumuman berkenaan dibuat bagaimanapun tidak turut serta pada sidang media berkenaan.

Abdul Taib yang akan mempertahankan kerusi Balingian pada pilihan itu nanti difahamkan terpaksa menghadiri majlis lain sejurus selepas mesyuarat berkenaan.

Ditanya sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sedar berhubung ketiadaan calon bagi kerusi Ba'kelalan, Adenan berkata: "PM tahu mengenainya dan sudah pasti kita akan dapatkan persetujuan beliau selepas nama bagi calon kerusi berkenaan diputuskan kelak."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pulapol Bebas Dari Adenovirus - Liow

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain